Islam Itu Indah

Islam Itu Indah

Tuesday, December 16, 2014

Misi Perkampungan Orang Asli

Oh my Allah!! dapat tajuk assgmnt yang MEWAJIBKAN kami menjelajah ke perkampungan orang asli........sob...sob...sob..sedih!! But..............sebenarnya aku suka benda  mencabar gini...aku tanam semangat suka! dan juga ingin tahu!!! manatau aku dapat tengok the real orang asli yang macam kat tv tu....hahahahaha...tinggi imagine aku!! Well, tempat kajian tu tak la jauh dari UKM ni...kat Semenyih je....baru aku tahu rupa2nya dekat Semenyih tu wujud 1 prkampungan orang asli...Ya Allah!! betapa tak ambil pedulinya alahai kita ni dengan golongan ni...mereke kian kian terpinggir dalam arus pemodenan....why I said like that??? I really saw in my real eyes yang mereka langsung xda bekalan elektrik dan bekalan air yang bersih. lagi??? paling sedihhhhhhhh...mereka xda agama!! oh my Allah!! kita sibuk menyebarkan dakwah kepada orang-orang barat...tapi golongan orang asli ni dipinggirkan...meh saya share beberapa gambar sepanjang berada kat sana.


Budak2 ni mintak upah plak....hehehe

Tok Batin ( ketua kampung)

Rumah orang asli, semenyih

Salah seorang responden

sapa ntah xigt nama...muda lgi budak 2...



Monday, December 8, 2014

PRK yang ahhh lantak la.

Ini kali kedua aku melihat pilihanraya kampus di Universiti....ok. Tidak seperti tahun yang lepas...aku mengambil bahagian dalam PRK yang diadakan....alaa dulu tu aku termakan pujukan2 "konon" senior yang dah tahu selok belok PRK...parti  ni bagus...dan parti ni bagus....dan bila aku pun percaya dengan semua kata-kata dari stu parti ni...aku pun sma la anti parti lawan tu....ok...semangat aku memang berkobar-kobar untik parti tu....aku sanggup balik lewat malam semata-mata nak kempen sana sini parti ni yang bagus..parti tu tak bagus...walhal aku ni BIAS...aku hanya memerhati 1 sudut je parti pihak lawan tu.....konon parti tu tak Islam...parti ni Islam...apa hak kita nak ukur parti tu comfirm masuk syurga atau neraka???? aku betul2 xpaham la dengan parti2 yang memburuk-burukkan dan fitnah memfitnah antara satu sama lain.....

Tahun ni berbeza sikit dengan tahun sebelumnnya....aku langsung tak ambil peduli pasal PRK ni......kawan-kawan aku asyik la sembang pasal politik2 ni...aduhhhhhh!! sori ok...aku da tak minat la nak amik tahu pasal PRK ni.....lantak la apa nak jadi...aku da cakap..aku taknak turun mengundi...dan ya mmg btul aku tak turun mengundi pun..ehehehehhe....aku saja je buat kawan aku panas hati...aku hantar "whatsapp" kat dia gtau yang aku tak turun mengundi...hahahahahahaa....aku malas tgok hipokrit parti masing-masing....nak dekat PRK baru la sibuk nak cat bus stop la...nak pasnag itu la..nak bagi itu ini la....ahahaha..ok jugak, korg bagi..aku amik...tapi aku tak turun pun undi..ahahaha.. aku ingat Prof.Dr.Muhaya cakap yang turun mengundi tu wajib sebab apa?? sebab kalo kita xturun mengundi kita akan membiarkan orang yang xlayak jadi pemimpin tu jadi pemimpin...tapi ahhhhh lantak la.........aku xnk megundi!! hahahaha.

Friday, December 5, 2014

Lafaz Yang Tersimpan

Kawan..
Jika kamu belum siap melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukup cintai dia dalam diam. Kerana diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya. Dengan begitu kau telah memuliakan dia, kerana kamu tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang dan tak mahu merosak kesucian serta penjagaan hatinya..

Dengan diammu…
Itu dapat memuliakan kesucian diri dan hatimu juga. Menghindarkan dirimu dari hal-hal yang akan merosak izzah dan iffahmu ..

Dengan diammu…
Itu dapat menunjukkan bukti kesetiaanmu padanya. Mungkin orang yang kau cintai adalah juga orang yang telah Allah SWT pilihkan untukmu..
Ingatkah kalian tentang kisah Fatimah ra dan Ali ra ? Yang keduanya saling memendam apa yang mereka rasakan. Tapi pada akhirnya mereka dipertemukan dalam ikatan suci nan indah dalam sebuah pernikahan ..

Kawan…..
Dalam diammu tersimpan sebuah kekuatan. Kekuatan sebuah harapan, hingga mungkin  Allah sahaja akan membuat harapan itu menjadi kenyataan. Hingga cintamu yang diam itu dapat berbicara dalam kehidupan nyata dan bukan angan semata. Bukankah Allah tak akan pernah memutuskan harapan hamba yang berharap padanya?

Kawan…
Jika memang ‘cinta dalam diammu’ itu tak memiliki kesempatan untuk berbicara di dunia nyata. Biarkan ia tetap dalam diam. Jika dia memang bukan milikmu, yang pasti ia milik Allah, melalui waktu akan menghapus ‘cinta dalam diammu’ itu dengan memberi rasa yang lebih indah dan orang yang lebih tepat untuk mengharungi hidup bersama. Biarkan ‘cinta dalam diammu’ itu menjadi memori tersendiri biarkan sudut hatimu menjadi rahasia antara kau dengan Sang Pemilik hati…
Kerana yakinlah,Allah kan memberikan ganti yang lebih baik lagi atau mewujudkan mimpimu di kemudian hari.. Bersabarlah dalam diammu… Kerana tulang rusuk takkan tertukar apalagi tersasar…

Lepaskan...jangan tunggu.

Jangan minta seseorang untuk tunggu kita. Kasihan dia. Sebab??? Sebab dia terpaksa tunggu kita habis belajar, perbaiki diri, dan lain-lain perkara yang perlu kita buat.
Lepaskanlah. 

Itulah yang terbaik dan jangan lupa untuk doakan yang terbaik juga untuk dia. Tak baik halang orang dalam mencari kebahagiaan demi kita. Dia juga berhak untuk bahagia. Kalau kita suruh dia tunggu kita, seolah-olah kita menyekat kebahagiannya. ITU ZALIM NAMANYA.

Lepaskanlah.

Barulah jiwa tenang.


Kalau Allah SWT dan tetapkan jodoh kita, memang pastinya dia akan kahwin dengan kita, hidup bersama kita. Kalau betul jodoh kita, tak akan ada seorang pun yang boleh memiliki dia selain kita.