Islam Itu Indah

Islam Itu Indah

Tuesday, December 16, 2014

Misi Perkampungan Orang Asli

I dan geng2 I pegi perkampungan orang asli di Semenyih, Selangor.


Budak2 ni mintak upah plak....hehehe

Tok Batin ( ketua kampung)

Rumah orang asli, semenyih

Salah seorang responden

sapa ntah xigt nama...muda lgi budak 2...



Friday, December 5, 2014

Lafaz Yang Tersimpan

Kawan..
Jika kamu belum siap melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukup cintai dia dalam diam. Kerana diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya. Dengan begitu kau telah memuliakan dia, kerana kamu tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang dan tak mahu merosak kesucian serta penjagaan hatinya..

Dengan diammu…
Itu dapat memuliakan kesucian diri dan hatimu juga. Menghindarkan dirimu dari hal-hal yang akan merosak izzah dan iffahmu ..

Dengan diammu…
Itu dapat menunjukkan bukti kesetiaanmu padanya. Mungkin orang yang kau cintai adalah juga orang yang telah Allah SWT pilihkan untukmu..
Ingatkah kalian tentang kisah Fatimah ra dan Ali ra ? Yang keduanya saling memendam apa yang mereka rasakan. Tapi pada akhirnya mereka dipertemukan dalam ikatan suci nan indah dalam sebuah pernikahan ..

Kawan…..
Dalam diammu tersimpan sebuah kekuatan. Kekuatan sebuah harapan, hingga mungkin  Allah sahaja akan membuat harapan itu menjadi kenyataan. Hingga cintamu yang diam itu dapat berbicara dalam kehidupan nyata dan bukan angan semata. Bukankah Allah tak akan pernah memutuskan harapan hamba yang berharap padanya?

Kawan…
Jika memang ‘cinta dalam diammu’ itu tak memiliki kesempatan untuk berbicara di dunia nyata. Biarkan ia tetap dalam diam. Jika dia memang bukan milikmu, yang pasti ia milik Allah, melalui waktu akan menghapus ‘cinta dalam diammu’ itu dengan memberi rasa yang lebih indah dan orang yang lebih tepat untuk mengharungi hidup bersama. Biarkan ‘cinta dalam diammu’ itu menjadi memori tersendiri biarkan sudut hatimu menjadi rahasia antara kau dengan Sang Pemilik hati…
Kerana yakinlah,Allah kan memberikan ganti yang lebih baik lagi atau mewujudkan mimpimu di kemudian hari.. Bersabarlah dalam diammu… Kerana tulang rusuk takkan tertukar apalagi tersasar…

Lepaskan...jangan tunggu.

Jangan minta seseorang untuk tunggu kita. Kasihan dia. Sebab??? Sebab dia terpaksa tunggu kita habis belajar, perbaiki diri, dan lain-lain perkara yang perlu kita buat.
Lepaskanlah. 

Itulah yang terbaik dan jangan lupa untuk doakan yang terbaik juga untuk dia. Tak baik halang orang dalam mencari kebahagiaan demi kita. Dia juga berhak untuk bahagia. Kalau kita suruh dia tunggu kita, seolah-olah kita menyekat kebahagiannya. ITU ZALIM NAMANYA.

Lepaskanlah.

Barulah jiwa tenang.


Kalau Allah SWT dan tetapkan jodoh kita, memang pastinya dia akan kahwin dengan kita, hidup bersama kita. Kalau betul jodoh kita, tak akan ada seorang pun yang boleh memiliki dia selain kita.






Wednesday, August 20, 2014

Cerpen : Terima Kasih Kerana Meninggalkanku

“Assalamualaikum awak. saya tak boleh teruskan hubungan kita. Family saya dah terima dia. Petang tadi dia jumpa parent saya. Maafkan saya awak. Assalamualaikum…”
Jiwa kental pemuda hancur luluh tatkala membaca sms yang disangka madah cinta. hancur bak kaca terhempas ke batu. cinta yang disulam sejak dibangku sekolah hancur begitu sahaja. janji-janji yang pernah terukir lenyap dalam sekelip mata.
kini sudah lebih 6 bulan kejadian itu berlalu. kejadian yang banyak merubah diriku. ku cuba kuatkan diri tatkala memori bersamanya terbayang difikiran. ku cuba lenyapkan dia dari ingatan. tapi apakan daya. ku hanya insan yang lemah. insan yang terlalu berharap pada cinta yang belum pasti. semakin ku cuba, ingatan tentang dia semakin kuat. yaAllah.. bantulah aku..
*****
“Wahai sahabatku, sampai bila kau mahu begini? kau dah tak seceria dulu. kerana cinta manusia kau jadi begini? kami benar-benar rindukan senyum tawamu sahabat” kata-kata amir sahabatku di beranda masjid pada malam itu membuatkanku keliru. Dia tidak memahamiku atau dia sedang mengambil berat tentangku. begitulah perasaan tatkla diri dirasuk kecewa. Nasihat yang sepatutnya diterima dengan baik tapi telah disalah ertikan.
“Zill, kau pernah duduk kat situasi aku? kau pernah kecewa? kau tak faham Zill. cakap memang mudah. tapi aku yang menanggung. sakit Zill. sakit”, tanpa disangka air mataku mengalir membasahi pipi.
“Lelaki yang soleh tak akan mudah menyerah kepada cinta seorang wanita yang belum pasti menjadi isteri sahabatku”. Mendatar suara Zill.
“Macam mana boleh kau cakap kau sayang dia sedangkan kau sedang membawa dia ke jalan yang salah?”.
“Tapi kami tak pernah jumpa. tak pernah buat benda-benda salah”. 
“Sahabatku. hukum tak menghalalkan cara. dalam tak sedar kau dah rosakkan hati kau dah hati dia”. 
Aku diam. Kata-kata yang membuatkan imanku tercegat. Menusuk kalbu! Syukur aku mempunyai sahabat yang mampu membimbingku ke jalan Ilahi. Zill, syabab yang terlekat kopiah dikepalanya. wajahnya begitu menyejukkan mata. Selalunya dialah tempat aku meluahkan segala kekusutan yang melanda diri..
“Jodoh tu urusan Allah. Kalau kau rasa kau sayang dia then nak bercinta dengan dia sampai kahwin, padahal skrg kau tak ada apa-apa. Tidak ada jaminan kau akan berkahwin dengan dia satu hari nanti. Itu bukan ikhtiar sahabatku. Jangan memberatkan hidupmu dengan memikirkan urusan Allah. Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya ”
Air mataku kembali berguguran.
“Menangis tak salah pun Faez, yang salahnya ialah menyalahkan takdir dan bersangka buruk pada Allah. Yakinlah, Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Apapun, semoga kita cukup cubaan dan dugaan untuk menjadikan kita kuat menghadapi cabaran. Think positive okey. Percayalah! Allah SWT buat sesuatu untuk sesuatu sahabatku. Pasti ada hikmah DIA yang tersembunyi. Bersabarlah, kalau dia ‘datang’ lagi di ingatan kau ambillah wuduk, bacalah kalamNYA. Pasti hati kau akan kembali tenang. Cukuplah mengenang kenangan yang lalu. hidup perlu diteruskan. Aku doakan kau sentiasa tabah sahabat. Ingat, jangan pernah fikir bahawa kita berseorangan. Allah itu sentiasa ada bersama kita.. hm, memang susahkan nak lupakan seseorang yang banyak memberikan segalanya kepada kita kan? Tapi kau mesti ingat dan sedar siapa yang paling banyak memberi kita segala nikmat yang kita ada.. kau tahu siapa yang cipta kau?”. Panjang lebar Zill mengingatkan.
“Ish, tahulah. Mestilah Allah”
“Kau tahu siapa yang bagi kau akal?oksigen untuk bernafas? Mata? Telinga? Tangan? dan hati?”, sambung Zill lagi.
“Of course lah pencipta kita, Allah”
“Kau tahu siapa yang anugerahkan kepada kau ibu bapa yang menyayangi kau? Adik beradik yang sayang kepada kau? Dan aku ni yang sayang sangat kepada kau?”
“Allah. Semuanya Allah yang anugerahkan..”
“Haa.. sekarang kau sedar tak?”. Walau nada Amir lembut, namun ada sedikit ketegasan.
“sedar dah..”
“Apa yang kau sedar?”
“Aku sedar semuanya datang dari Allah..”
“lagi?” soal Zill lagi..
“lagi apa?”. Sengaja ku bertanya pada Zill.
“Kau sedar tak, Allah telah memberi segala-galanya kepada kau, apa benda yang kau nak kata Allah tak bagi? Semua Allah bagi kat kau.. kau kacak, Allah beri.. kau bijak, itupun Allah yang beri”
“Tahu..aku memang syukur dengan nikmat Allah ni”
” Habis tu sanggup ke kau kecewakan Allah demi perasaan cinta kau yang kau tu? Kau sanggup ke kecewakan Allah setelah Allah beri pelbagai nikmat kepada kau..? kau sanggup membelakangkan Allah demi dia?”
Aku tertunduk seribu bahasa. Apa jua yang keluar dari mulut Zill tika itu sedikit pun tiada silapnya. Aku akur.
“InsyaAllah, kau boleh.. Sesungguhnya, kita ini memang hamba Allah yang lemah. Sebab itu kita kena mohon kepada Allah Yang Maha Kuat memberi kekuatan kepada kita untuk melawan segala ujian yang datang kepada kita.. Aku yakin bila niat kita baik, insyaAllah hasilnya juga baik.. Yakinlah sahabatku ! Allah sentiasa bersamamu, sayangmu kepada dia tidak menjamin apa–apa bentuk kebahagian pun kerana rasa sayang kau tu disalurkan pada jalan yang tidak diredhai oleh-Nya.. Bahagia pun mungkin sekejap dan pasti selepas itu merana mesti tidak sekejap macam kau lalui sekarang. Teruskan niat baik kau tu. Redhalah dengan ketentuan Allah. Allah masih sayangkan kau. DIA mahu mengingatkan kau dari terus lalai dibuai cinta palsu. Aku sentiasa ada bersama kau, menyokong kau.. kalau ditakdirkan aku tiada pun. Kau kena ingat Allah sentiasa ada bersama kita.. Jangan sia-siakan kesedaran yang Allah telah beri ini.. takut-takut bila kesempatan ini tidak digunakan.. tiada lagi kesempatan yang diberikan oleh Allah kepada kita.. bertaubatlah. Sesungguhnya Allah amat cinta kepada hamba-Nya yang kembali pada jalan-Nya… InsyaAllah”. Zill senyum.
“Terima kasih Zill! InsyaAllah.. Demi Cinta-Nya aku akan cuba lupakan dia yang tidak menjamin apa-apa…”.Aku nekad!
“Alhamdulillah.. Teruskan bermujahadah melawan perasaanmu wahai sahabatku.. Semoga Allah sentiasa meredhai kehidupanmu. Jangan cari cinta manusia, ia penuh dengan penipuan, kekecewaan, dan tiada kekal.. Tapi carilah cinta Allah.. Tiada penipuan dan tidak akan pernah mengecewakan. Itulah cinta abadi..Cinta yang diredhai..”
“InsyaAllah..”
*****
Alhamdulillah… kini sudah genap 2 bulan pernikahan si dia dengan si pilihan hati. Ku doakan semoga kau terus bahagia di bawah redhaNya. Dan kini baruku sedar hikmah Allah SWT amatlah hebat. Kini ku mulai tenang di samping keluarga, sahabat-sahabat dan insan di sekeliling aku.
Ketenangan yang kurasai sekarang tidak sama dengan ketenangan bersulam dosa tatkala bersamanya suatu hari dulu. Terima kasih kerana meninggalkan aku. Aku amat bersyukur atas ujian Yang Maha Hebat. Tepatlah apa yang pernah diutarakan sahabat tatkala diriku diselimuti kesedihan, ‘Allah buat sesuatu untuk sesuatu’. kini baru kurasai ‘sesuatu’ yang Allah ingin ku kecapi di dalam hidup ini. Alhamdulillah ya Allah.
“Allah ada sebab tak bagi dia end up dengan kamu.. ni janji Allah, Dia telah sediakan someone yang terbaik untuk kamu.. cuma masanya belum sampai lagi..” – Armel
“Jika tepat masa, ketika, keadaan dan SIAPA, cinta adalah kuasa luar biasa yang tiada bandingannya” – Ust. Pahrol Mohamad Juoi; Tentang Cinta

Masjid Kristal


Tahun : 2014
Tempat : Terengganu










Sunday, March 16, 2014

Layakkah aku???

Bilamana ada yang berubah menjadi lebih baik, maka buatlah kerana Allah..nescaya perubahan itu akan kekal keranaNya. Akan teguh keranaNya. Akan diperjuangkan keranaNya juga. Ketahuilah lidah manusia ini lebih tajam dari pedang,, boleh menusuk hati manusia yang sehingga lukanya tidak mengalir lagi dan airmatalah yang menjadi pengganti. Pernah seorang sahabat bertanya adakah aku mahu  menjadi ustazah? Aku menggeleng,aku tidak mahu menjawab. Dengan ilmu yang sedikit ini, aku belum mampu menjawab sekiranya ada soalan lain yang timbul. Aku senyum . Sungguh, senyum itu penawar buatku. Walaupun pura-pura menjawab Aku bukan mahu menjadi ustazah, aku mahu menjadi manusia yang bersyukur atas pemberian Allah. Aku mahu menjadi muslim yang semuslimnya. Aku mahu Islam, aku mahu Allah, aku mahu hati yang meletakkan cinta Allah itu paling atas.Tapi jauh di sudut hati YA,AKU SEBENARNYA INGIN MENJADI SEORANG ARIF DENGAN ILMU AGAMA...ya, dari kecil lagi aku idamkan, tapi melihat kepada diriku dan ilmuku...adakah aku layak???? JUMARNI MUHEIN!!! ADAKAH ENGKAU LAYAK???







Hati juga daerah paling susah ditarbiyyah. Sungguh, susah. Tiada pelajaran yang lebih susah daripada menjadi ikhlas. Tiada daerah paling sukar dijajah melainkan hati. Saat pertama aku mahukan Islam, aku HARUS mendekatinya. Sebelum mendekatinya, aku perlu mengenalinya.  Ramai  yang hanyut kerana hanya mengamalkan Islam tanpa ilmu. Ramai ikhwah memberi nasihat apapun yang ingin aku lakukan, “SILA BERAMAL DENGAN ILMU”. Begitu juga Islam. Islam ini agama paling mudah bagiku. Paling mudah dicontohi kerana baginda Rasulullah telah meninggalkan sunnah. Agama paling mudah dijadikan amalan hidup. Baginda Rasulullah telah meninggalkan Al-Quran sebagai pedoman.  Ikhlas itu susah. Tetapi pura-pura ikhlas itu mudah. Ikhlas itu seperti semut hitam diatas batu hitam dimalam yang kelam. Tidak nampak tetapi dirasai. Ikhlas itu tidak perlu diutarakan. Cukup didalam hati, In sha Allah apa yang lahir dari hati, akan sampai kehati juga. JUMARNI MUHEIN.
Jadi mengapa berubah demi manusia yang nantinya kita ditimbal oleh Allah? Mengapa mengharap pujian manusia sedang Allah jualah yang berhak kita penuhi tuntutannya. Allah, masih juga memberi kita nafas walau telah lama kita menumpang didunia milikNya dengan sombong. Maka rugilah bagi mereka yang lalai. Allah, masih juga memberi nyawa sedang kita setiap hari kita digelumang maksiat. Nikmat Allah yang manakah yang kamu dustakan?