Islam Itu Indah

Islam Itu Indah

Tuesday, October 16, 2012

PUTUS CINTA? HADAPI PERASAAN ITU




Pernah alami putus cinta dalam hidup? Kasih Suci amat bersimpati kepada sahabat yang mengalami putus cinta. Sakit dan pedih malah ada yang menitiskan air mata sampai berminggu-minggu. Lebih parah ada yang menderita hingga bertahun lamanya.
Bukan mudah melupakan seseorang yang kita pernah sayang, lebih-lebih lagi jika dia insan yang amat bermakna dalam hidup kita. Apabila rasa sayang bercambah dalam hati ia akan terus tumbuh subur dalam hati.  Apabila terjadi perpisahan kesedihan akan menyerap dalam diri memang agak sukar mengatasi masalah kemurungan dan kesedihan tersebut.

Bagi mengatasi rasa sedih akibat perpisahan apa kata anda cuba:

1.Solat hajat agar Allah mudahkan anda melupakan si dia agar anda akan rasa tenang dalam melalui dugaan tersebut.

2.Sibukkan diri dengan apa saja aktiviti yang mampu mengalihkan minda dari memikirkan tentang perpisahan tersebut.

3.Rajinkan diri membaca surah yassin agar hati tenang.

4.Terima perpisahan dengan hati yang ikhlas. Selagi tak ikhlas menerima perpisahan tersebut kamu akan rasa terikat kepada cinta lalu


5.Lepaskan dia pergi dengan rela. Selagi kamu tak lepaskan dia kamu akan sakit hati dan sentiasa rasa sedih.

6.Beri peluang kepada diri untuk cipta kegembiraan lain walau bukan bersama si dia

7.Jual, pulangkan atau buang saja barangan pemberian si dia. Dengan menyimpan barangan tersebut ia akan membuat kamu asik terkenang dirinya.

8.Jangan bersahabat dengannya walau telah berpisah kerana ia akan lebih menyakitkan hati dan menjadi punca kesedihan berpanjangan.

9.Jangan sesekali stalk laman sosialnya kerana ia tanda kamu masih berharap untuk dia kembali kepadamu

10.Jangan lupa soal jodoh adalah ketentuan Illahi. Jika beralku perpisahan maknanya ia bukan jodoh kamu. Jika ada jodoh pasti kamu dan dia akan bersatu suatu hari nanti walau perpisahan melanda kini.

No comments:

Post a Comment